Monday, January 10, 2011

Mulanya Mekamisme Peralihan IPv6

Kebelakangan ini, kekurangan jumlah Protokol Internet Versi 4 (IPv4) yang tidak terpakai, pengguna Internet mula berfokus kepada alternatif protokol yang lain iaitu Protokol Internet Versi 6 (IPv6). IPv6 dianggap sangat berpotensi untuk menggantikan IPv4 sebagai protokol Internet yang utama untuk memenuhi keperluan jumlah alamat Internet dan mengatasi kelemahan IPv4. Oleh itu para penyelidik mula bergiat aktif mengkaji IPv6 sejak beberapa tahun lalu. Ini termasuklah kajian keselamatan terhadap IPv6. Sungguhpun kajian keselamatan IPv6 terus dilakukan secara aktif; kajian keselamatan IPv4 masih diberi keutamaan, terutama semasa proses peralihan

IPv6 bermula pada bulan Disember 1998 yang ditakrifkan oleh Internet Engineering Task Force (IETF) dengan penerbitan spesifikasi piawaian Internet (Deering & Hinden 1998). Implementasi ini masih dalam peringkat awal dan memerlukan jangkauan masa untuk sepenuhnya dilaksanakan sebagai protokol Internet rasmi. Oleh itu bagi mempermudah proses ini, IETF telah menubuhkan kumpulan kerja yang dinamakan ngtrans (Next Generation TRANSition) bertujuan menetapkan mekanisme untuk menyokong operasi bersama antara IPv4 dan IPv6 (P. Fasano et al. 2008). Mekanisme yang dimaksudkan ialah mekanisme peralihan dan ianya boleh dikategorikan kepada 3 jenis iaitu mekanisme Dwi Tindanan, Penerowongan dan Penterjemahan.


No comments: