Wednesday, August 25, 2010

Kelebihan surah Al-Kahfi

"...nanti bila dah sampai di ITM (Arau-Jul92), dah mula belajar, dah sibuk....ingattttt jangan lupa Solat!, Baca Quran ! tiap2 mlm jumaat baca Yaasin dan Al Kahfi ..."

Bila cuti berlajar ni, banyak masa bersendirian mentelaah ilmu ALLAH yang maha luas ini, Tiba2 teringat pesanan emak kat aku pasal surah Al-Kahfi. Antara yang aku ingat kelebihannya ialah akan mendapat cahaya terang pada hari akhirat nanti.. Masa bergerak, teknologi berubah.... jadi aku gunakan "google" untuk mencari hadis2 yang boleh mengaitkan dengan surah ini supaya tahu lebih jelas tentang kelebihan surah ini .

Antara hadis Rasullallah s.a.w dan kata para sahabat r.a ..

Dari Ali r.a berkata: "Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya." (Tafsir Ibnu Kathir)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa membaca tiga ayat daripada surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal." (HR Tirmizi)

Dari Abu Darda r.a meriwayatkan bahawa nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang menghafal sepuluh ayat daripada awal surah al-Kahfi, akan terhindar daripada fitnah dajjal. Dalam riwayat yang lain dinyatakan daripada akhir surah al-Kahfi." (HR Muslim)

Dari Sauban r.a meriwayatkan bahawa Nabi s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca sepuluh ayat terakhir daripada surah al-Kahfi, maka sesungguhnya pembacaannya itu menghindarkannya daripada fitnah dajjal. (HR Nasai)

Dari Abu Said al-Khudri r.a. meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: "Barangsiapa yang membaca surah al-Kahfi (dengan huruf dan pembacaan yang betul) sebagaimana ia diturunkan, maka surah itu akan menjadi cahaya pada hari kiamat daripada tempat tinggalnya sehingga ke Mekah dan barangsiapa membaca sepuluh ayat yang akhir daripadanya, kemudian dajjal keluar, dajjal tidak dapat menguasainya." (HR Mustadrak Hakim)


Jadi elok benar kalau kita nak mula membacanya pada hari Khamis malam Jumaat yang akan datang ini.... Ada pendapat mengatakan hari Jumaat tempohnya merangkumi hari Khamis selepas Asar sehinggalah sampai ke hari Jumaat sebelum Asar)...

Wallahu'alam.

1 comment:

Centado said...

bro
den masukkan artikel ni dalam Buletin ye.