Friday, August 27, 2010

Perihal Zakat Fitrah


“Inilah wang bagi menggantikan beras fitrah sebanyak RM35.00 yang wajib bagi diriku dan tanggunganku pada tahun ini kerana Allah Taala.”

  Tahun lepas 4 orang, tahun ni dah jadi 5 orang... Alhamdulillah baru selesai tunai zakat fitrah sekeluarga.   


Walaupun waktu wajib adalah di penghujung Ramadhan atau waktu sunat pada awal pagi raya , namun zakat fitrah harus dibayar lebih awal dari masa tersebut. Takut-takut terlupa pulak... jatuh ke waktu haram ler pulak..

Ketetapan waktu bagi mengeluarkan zakat fitrah mengikut menurut mazhab Syafi’ie adalah seperti berikut;
  • Waktu wajib : iaitu dengan terbenamnya matahari pada hari terakhir Ramadhan.
  • Waktu harus : iaitu sebaik sahaja masuknya bulan Ramadhan dan berterusan hingga ke hari raya (sebelum terbenamnya matahari). Jadi, sepanjang bulan Ramadhan –menurut mazhab Syafi’ie- adalah waktu yang diharuskan untuk kita membayar zakat fitrah.
  • Waktu sunat ; iaitu pada pagi hari raya sesudah sembahyang subuh dan sebelum keluar untuk menunaikan solat hari raya atau sebelum solat hari raya didirikan.
  • Waktu makruh; iaitu mengeluarkan zakat fitrah sesudah solat aidil-fitri tetapi sebelum terbenam matahari pada hari raya.
  • Waktu haram; iaitu melambatkan pembayaran zakat fitrah hingga selepas terbenam matahari pada hari raya.
Bagi yang masih belum membayar zakat, berikut adah panduan kadar zakat fitrah Malaysia mengikut negeri.






                                                                                                             sumber: carca-marba.blogspot.com

No comments: